Nyanyian dan lagu dalam Aspek
Perkembangan Sosial
Aktiviti
nyanyian dapat membantu meningkatkan perkembangan sosial kanak-kanak. Perkembangan
sosial amat penting dalam kehidupan manusia dan ianya telah dipelajari sejak
kecil lagi. Kemahiran asas sosial yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak ialah
kemahiran menarik perhatian orang lain, berkongsi dan memberi, meminta dan
bertanya, memberi idea dan memuji atau memberi penghargaan. Ini termasuklah
cara kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan orang dewasa dalam
kehidupan mereka. Kemahiran sosial termasuklah berkongsi, bekerjasama dan
mematuhi peraturan semasa aktiviti nyanyian dijalankan.
Kemahiran sosial membawa maksud
tingkah laku yang prihatin untuk melakukan perhubungan interpersonal yang
efektif atau keupayaan untuk berkomunikasi secara efektif dengan individu lain
dalam situasi sosial atau kerja. Oleh itu, jelaslah bahawa aktiviti-aktiviti
menyanyi ini menggalakkan kanak-kanak bergaul dengan rakan dan secara langsung
membantu perkembangan sosial mereka. Semasa bermain dengan kanak-kanak lain,
kanak-kanak akan cuba belajar dan mengekalkan hubungan yang sedia terjalin. Ini
adalah kerana penyesuaian semasa bergaul adalah perkara asas kepada proses
sosialisasi kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment