myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts

Tuesday, 31 March 2015

Anak Itik Yang Hodoh

                                         Pada suatu masa 
seekor ibu itik mengeram enam biji telur. Tidak lama kemudian, satu per satu telur itu menetas dan keluarlah anak itik yang comel serta berbulu kuning. Tetapi satu telur yang agak besar menetas dan anak itu itu berwarna kelabu!
“ Sungguh hodoh rupamu!” ibu itik berkata.
Ibu itik membawa anak-anak itik itu menuju kekolam. Ia melompat ke dalam air dan anak itik juga turut bersama. Kemudian ia membawa anak-anaknya berjumpa binatan-binatang yang lain di ladang itu.

Semua binatang di ladang gembira berjumpa anak-anak iti yang comel itu. Tetapi mereka mentertawakan anak itik yang besar dan berwarna kelabu itu. Ia diejek dan dihalau dari situ. Anak itik yang hodoh berasa sungguh sedih. Ia tidak ada kawan dan tidak ada tempat tinggal.

                                                

Pada keesokkan harinya, semasa semua binatang masih tidur nyenyak, ia berjalan keluar dari pintu pagar ladang itu. Apabila hampir senja, beberapa itik liar dating ke tempat itu tertawakannya dan berkata, “ Pergi kamu dari sini! Hodohnya kamu!”
Sekali lagi itik hodoh itu berasa tersisih dan beredar dari situ. Ia sampai pada sebuah pondok. Ia berasa lapar dan letih lalu meminta ayam membenarkannya tinggal di situ. Ayam juga memberikannya makanan.
Ayam bertanya, “ Bolehkah kamu bertelur?”
“Tidak, “ kata itik itu.
“ Bolehkah kamu mengejar tikus?” Tanya kucing.
“Tidak, “ kata itik itu.

                                              

“Kalau begitu kamu mesti pergi dari sini,” kata ayam dan kucing.
Sekali lagi itik hodoh itu kesunyian. Musim salji pun tiba dan cuaca bertukar menjadi sejuk. Air dalam kolam bertukar menjadi sejuk. Air dalam kolam bertukar menjadi ais. Itik itu memandang kelangit dan melihat sekumpulan burung yang sangat cantik berterbangan di udara. Burung-burung berbulu putih itu besar dan berleher panjang.
“Alangkah bagusnya jika aku seperti burung-burung itu,” ia berkata di dalam hatinya.
Pada keesokan harinya, seorang petani yang baik hati terjumpa itik itu di atas tanah beku dan membawanya pulang. Anak itik berfikir bahawa ia sudah selamat berada disitu. Pada petang harinya, anak petani itu bermain dengannya dan membawanya ke perigi. Dia terlalu kasar sehingga anak itik itu menjadi takut. Anak itik itu pun melarikan diri dari ladang.

                                                     

Anak itik itu terjumpa sebuah tasik di kawasan yang berumput panjang. Ia berasa selamat di situ. Ia tinggal di situ sehingga matahari mula bersinar semula.
Anak itik itu cuba mengembangkan sayapnya. Ia terkejut apabila melihat sayapnya sudah menjadi putih. Ia berasa seperti dirinya boleh terbang dan akhirnya ia terbang tinggi di langit!
Apabila ia turun ke tasik, ia ternampak bayangnya di dalam air. “ Alangkah cantiknya burung itu,” fikirnya.
Tiga ekor burung putih berleher panjang sedang berenang berhampiran.

                                                     

Burung-burung itu melihatnya dan berkata, “Wah ! awak seekor angsa yang tampan. Marilah berenang dengan kami.”
“Apa? Aku seekor angsa?”
“Ya, tengoklah rupa dirimu dalam air,” kata burung-burung itu.
Itik hodoh itu tidak percaya akan apa yang dilihatnya.
“ Aku seekor angsa! Aku memang seekor angsa!” ia menjerit dengan gembira.
Semenjak hari itu, ia tidak lagi di panggil hodoh dan ia tidak lagi sunyi.

No comments:

Post a Comment