Tuesday, 31 March 2015
Doa Untuk Ibu Bapa :")
Terjemahan Bahasa Rumi :
Allahhummaghfirli dzunubi waliwalidayya, warhamhumma kama robbayani soghiro
Maksudnya:
Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil
Anak Itik Yang Hodoh
Pada suatu masa ,
seekor ibu itik mengeram enam biji telur. Tidak lama kemudian, satu per satu telur itu menetas dan keluarlah anak itik yang comel serta berbulu kuning. Tetapi satu telur yang agak besar menetas dan anak itu itu berwarna kelabu!
“ Sungguh hodoh rupamu!” ibu itik berkata.
Ibu itik membawa anak-anak itik itu menuju kekolam. Ia melompat ke dalam air dan anak itik juga turut bersama. Kemudian ia membawa anak-anaknya berjumpa binatan-binatang yang lain di ladang itu.
Semua binatang di ladang gembira berjumpa anak-anak iti yang comel itu. Tetapi mereka mentertawakan anak itik yang besar dan berwarna kelabu itu. Ia diejek dan dihalau dari situ. Anak itik yang hodoh berasa sungguh sedih. Ia tidak ada kawan dan tidak ada tempat tinggal.
Pada keesokkan harinya, semasa semua binatang masih tidur nyenyak, ia berjalan keluar dari pintu pagar ladang itu. Apabila hampir senja, beberapa itik liar dating ke tempat itu tertawakannya dan berkata, “ Pergi kamu dari sini! Hodohnya kamu!”
Sekali lagi itik hodoh itu berasa tersisih dan beredar dari situ. Ia sampai pada sebuah pondok. Ia berasa lapar dan letih lalu meminta ayam membenarkannya tinggal di situ. Ayam juga memberikannya makanan.
Ayam bertanya, “ Bolehkah kamu bertelur?”
“Tidak, “ kata itik itu.
“ Bolehkah kamu mengejar tikus?” Tanya kucing.
“Tidak, “ kata itik itu.
“Kalau begitu kamu mesti pergi dari sini,” kata ayam dan kucing.
Sekali lagi itik hodoh itu kesunyian. Musim salji pun tiba dan cuaca bertukar menjadi sejuk. Air dalam kolam bertukar menjadi sejuk. Air dalam kolam bertukar menjadi ais. Itik itu memandang kelangit dan melihat sekumpulan burung yang sangat cantik berterbangan di udara. Burung-burung berbulu putih itu besar dan berleher panjang.
“Alangkah bagusnya jika aku seperti burung-burung itu,” ia berkata di dalam hatinya.
Pada keesokan harinya, seorang petani yang baik hati terjumpa itik itu di atas tanah beku dan membawanya pulang. Anak itik berfikir bahawa ia sudah selamat berada disitu. Pada petang harinya, anak petani itu bermain dengannya dan membawanya ke perigi. Dia terlalu kasar sehingga anak itik itu menjadi takut. Anak itik itu pun melarikan diri dari ladang.
Anak itik itu terjumpa sebuah tasik di kawasan yang berumput panjang. Ia berasa selamat di situ. Ia tinggal di situ sehingga matahari mula bersinar semula.
Anak itik itu cuba mengembangkan sayapnya. Ia terkejut apabila melihat sayapnya sudah menjadi putih. Ia berasa seperti dirinya boleh terbang dan akhirnya ia terbang tinggi di langit!
Apabila ia turun ke tasik, ia ternampak bayangnya di dalam air. “ Alangkah cantiknya burung itu,” fikirnya.
Tiga ekor burung putih berleher panjang sedang berenang berhampiran.
Burung-burung itu melihatnya dan berkata, “Wah ! awak seekor angsa yang tampan. Marilah berenang dengan kami.”
“Apa? Aku seekor angsa?”
“Ya, tengoklah rupa dirimu dalam air,” kata burung-burung itu.
Itik hodoh itu tidak percaya akan apa yang dilihatnya.
“ Aku seekor angsa! Aku memang seekor angsa!” ia menjerit dengan gembira.
Semenjak hari itu, ia tidak lagi di panggil hodoh dan ia tidak lagi sunyi.
Sunday, 29 March 2015
Nyanyian dalam Perkembangan Emosi
Nyanyian dan lagu dalam Aspek
Perkembangan Emosi
Terdapat
pelbagai cara untuk memupuk perkembangan emosi kanak-kanak di peringkat
prasekolah. Contohnya adalah dengan aktiviti menyanyi yang dijalankan semasa
berada di sekolah. Emosi bermaksud jiwa yang kuat. Manusia adalah makhluk yang
mempunyai perasaan paling tinggi dan paling halus. Emosi juga boleh
dimanifestasikan melalui bahasa badan ataupun gerak geri seseorang. Bahasa
badan ialah pergerakan badan seperti postur dan ekspresi wajah. Emosi merujuk
kepada sesuatu perasaan dan pemikiran yang tersendiri di bawah keadaan
psikologikal dan biologikal, serta ada kecenderungan yang berbeza untuk
bertindak. Ini bermakna emosi biasanya digambarkan dengan bahasa badan fizikal,
iaitu bahasa bukan lisan.
Terdapat
tiga komponen asas dalam minda manusia iaitu daya taakulan, kehendak (desire),
dan komponen emotif. Antara komponen emotif yang dimaksudkan ialah kegembiraan,
kesedihan, ketakutan, dan kemarahan. Emosi mempunyai peranan yang sangat besar
dalam mempengaruhi kehidupan manusia secara keseluruhannya. Di peringkat
prasekolah, pemupukan emosi positif amat dititik beratkan seperti aktiviti
menyanyi yang dijalankan. Ini adalah kerana nyanyian juga dapat membantu
memberikan kepuasan dan ketenangan emosi kepada kanak-kanak terutamanya apabila
mereka diberikan kebebasan berkreatif dan berimaginasi tanpa gangguan.
Selain
itu, aktiviti ini juga dapat memberi peluang untuk kanak-kanak menyampaikan
perasaan, meluahkan emosi, berkarya dan sebagainya. Perkembangan sosioemosi
juga boleh dipupuk semasa guru mengajar aktiviti nyanyian, serta muzik dan
gerakan. Hal ini demikian kerana muzik digemari secara semula jadi oleh
kanak-kanak. Kanak-kanak dapat meluahkan perasaan gembira melalui aktiviti
muzik. Aktiviti muzik dapat membantu menggalakkan perkembangan emosi kanak-kanak.
Antaranya semasa penyertaan kanak-kanak dalam aktiviti nyanyian berkumpulan,
kanak-kanak akan menyanyi dan menari bersama rakan-rakan yang lain. Dengan cara
ini, mereka dapat meluahkan perasaan gembira yang ditunjukkan melalui ekspresi
muka semasa aktiviti nyanyian ini dijalankan. Secara tidak langsung, guru dapat
menilai sejauh mana meningkatnya perkembangan emosi seseorang kanak-kanak itu.
Wednesday, 25 March 2015
Perkembangan Sosial Kanak-kanak
Nyanyian dan lagu dalam Aspek
Perkembangan Sosial
Aktiviti
nyanyian dapat membantu meningkatkan perkembangan sosial kanak-kanak. Perkembangan
sosial amat penting dalam kehidupan manusia dan ianya telah dipelajari sejak
kecil lagi. Kemahiran asas sosial yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak ialah
kemahiran menarik perhatian orang lain, berkongsi dan memberi, meminta dan
bertanya, memberi idea dan memuji atau memberi penghargaan. Ini termasuklah
cara kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan orang dewasa dalam
kehidupan mereka. Kemahiran sosial termasuklah berkongsi, bekerjasama dan
mematuhi peraturan semasa aktiviti nyanyian dijalankan.
Kemahiran sosial membawa maksud
tingkah laku yang prihatin untuk melakukan perhubungan interpersonal yang
efektif atau keupayaan untuk berkomunikasi secara efektif dengan individu lain
dalam situasi sosial atau kerja. Oleh itu, jelaslah bahawa aktiviti-aktiviti
menyanyi ini menggalakkan kanak-kanak bergaul dengan rakan dan secara langsung
membantu perkembangan sosial mereka. Semasa bermain dengan kanak-kanak lain,
kanak-kanak akan cuba belajar dan mengekalkan hubungan yang sedia terjalin. Ini
adalah kerana penyesuaian semasa bergaul adalah perkara asas kepada proses
sosialisasi kanak-kanak.
Perkembangan Bahasa Melalui Nyanyian
Nyanyian
dan lagu dalam Aspek Perkembangan Bahasa kanak-kanak
Aktiviti
nyanyian dapat membantu meningkatkan perkembangan bahasa kanak-kanak. Nyanyian
melibatkan bahasa dapat merangsang minda kanak-kanak untuk menguasai dan
membantu mereka dalam menambah perbendaharaan kata. Selain itu, mereka juga akan
menyedari bahawa setiap objek di persekitaran mereka mempunyai nama dan peranan
yang tersendiri. Guru boleh menjalankan aktiviti bagi memberi peluang kepada
kanak-kanak untuk meluaskan perkembangan bahasa melalui aktiviti menyanyi
secara muzikal dan penekanan teknik dan cara menyanyi.
Melalui
aktiviti nyanyian yang dijalankan, guru dapat menggalakkan kanak-kanak
melahirkan perasaan seperti bercerita, berimaginasi, dan menyanyi sambil
bermain. Oleh itu, secara tidak langsung, perbendaharaan kata kanak-kanak akan
semakin bertambah. Melalui nyanyian ini juga kanak-kanak akan dapat
mengekspresikan perasaan mereka sama ada suka, gembira, sedih dan lain-lain.
Guru juga hendaklah memberi perangsang dengan mengemukakan beberapa soalan yang
boleh menggalakkan kanak-kanak berbual dan bercerita mengenai aktiviti yang
mereka lakukan.
Sewaktu
menyanyi, kanak-kanak dapat meniru perwatakan orang-orang di sekeliling mereka
seperti keluarga, doktor, anggota polis, guru, peniaga, binatang atau haiwan
seperti yang terkandung di dalam lirik lagu tersebut. Aktiviti yang baik ini
perlu dipupuk tetapi perlu ada kawalan dan batasan daripada guru. Di samping
itu, aktiviti main sambil menyanyi juga adalah merupakan salah satu cara
bagaimana kanak-kanak memperkembangkan penguasaan bahasa mereka. Dengan
nyanyian juga dapat memperkenalkan pelbagai konsep dan bahasa kepada
kanak-kanak kerana ia mudah diingati dan difahami oleh kanak-kanak. Peningkatan
perkembangan bahasa dapat berkembang melalui sebutan semasa menyanyi.
Contoh
aktiviti yang boleh dijalankan ialah menyanyi lagu Row Row Your Boat atau dalam bahasa Melayu ialah Dayung Dayung Sampan sambil membuat aksi
mendayung sampan secara berpasangan. Kanak-kanak memegang tangan pasangannya
dan kaki bertemu kaki pasangannya. Kemudian, tangan dan kaki bergerak secara
berselang-seli seperti mendayung sampan sambil menyanyi lagu tersebut dengan
iringan muzik. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak dapat mempelajari
perkataan-perkataan baru dan secara langsung kosa kata kanak-kanak akan semakin
bertambah.
Kanak-kanak
belajar bahasa melalui pelbagai cara. Antaranya dengan meniru bunyi yang pernah
didengarinya. Mereka belajar dengan meniru orang dewasa dan rakannya bercakap
dan meluahkannya dengan cara tertentu. Contohnya, permainan lagu berantai
membolehkan kanak-kanak menghafal, menghasilkan, mempelbagaikan dan
memanipulasikan perkataan dalam pelbagai situasi. Mereka membina perkataan yang
lucu, mudah, dan mereka cerita khayalan daripada pengalaman mereka sendiri.
Contoh permainan lagu berantai ialah seperti :
“Malam yang sepi
pi… pi
Pak Mat jual
topi pi… pi
Topinya koyak
yak… yak
Pak Mat jual
tempoyak yak… yak
Tempoyaknya basi
si… si
Pak Mat jual
nasi si… si”
Subscribe to:
Posts (Atom)