myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts

Tuesday, 31 March 2015

Jom Baca Doa :")



















Doa Untuk Ibu Bapa :")

Doa untuk Kedua Ibu Bapa



Terjemahan Bahasa Rumi :

Allahhummaghfirli dzunubi waliwalidayya, warhamhumma kama robbayani soghiro


Maksudnya:

Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil



Anak Itik Yang Hodoh

                                         Pada suatu masa 
seekor ibu itik mengeram enam biji telur. Tidak lama kemudian, satu per satu telur itu menetas dan keluarlah anak itik yang comel serta berbulu kuning. Tetapi satu telur yang agak besar menetas dan anak itu itu berwarna kelabu!
“ Sungguh hodoh rupamu!” ibu itik berkata.
Ibu itik membawa anak-anak itik itu menuju kekolam. Ia melompat ke dalam air dan anak itik juga turut bersama. Kemudian ia membawa anak-anaknya berjumpa binatan-binatang yang lain di ladang itu.

Semua binatang di ladang gembira berjumpa anak-anak iti yang comel itu. Tetapi mereka mentertawakan anak itik yang besar dan berwarna kelabu itu. Ia diejek dan dihalau dari situ. Anak itik yang hodoh berasa sungguh sedih. Ia tidak ada kawan dan tidak ada tempat tinggal.

                                                

Pada keesokkan harinya, semasa semua binatang masih tidur nyenyak, ia berjalan keluar dari pintu pagar ladang itu. Apabila hampir senja, beberapa itik liar dating ke tempat itu tertawakannya dan berkata, “ Pergi kamu dari sini! Hodohnya kamu!”
Sekali lagi itik hodoh itu berasa tersisih dan beredar dari situ. Ia sampai pada sebuah pondok. Ia berasa lapar dan letih lalu meminta ayam membenarkannya tinggal di situ. Ayam juga memberikannya makanan.
Ayam bertanya, “ Bolehkah kamu bertelur?”
“Tidak, “ kata itik itu.
“ Bolehkah kamu mengejar tikus?” Tanya kucing.
“Tidak, “ kata itik itu.

                                              

“Kalau begitu kamu mesti pergi dari sini,” kata ayam dan kucing.
Sekali lagi itik hodoh itu kesunyian. Musim salji pun tiba dan cuaca bertukar menjadi sejuk. Air dalam kolam bertukar menjadi sejuk. Air dalam kolam bertukar menjadi ais. Itik itu memandang kelangit dan melihat sekumpulan burung yang sangat cantik berterbangan di udara. Burung-burung berbulu putih itu besar dan berleher panjang.
“Alangkah bagusnya jika aku seperti burung-burung itu,” ia berkata di dalam hatinya.
Pada keesokan harinya, seorang petani yang baik hati terjumpa itik itu di atas tanah beku dan membawanya pulang. Anak itik berfikir bahawa ia sudah selamat berada disitu. Pada petang harinya, anak petani itu bermain dengannya dan membawanya ke perigi. Dia terlalu kasar sehingga anak itik itu menjadi takut. Anak itik itu pun melarikan diri dari ladang.

                                                     

Anak itik itu terjumpa sebuah tasik di kawasan yang berumput panjang. Ia berasa selamat di situ. Ia tinggal di situ sehingga matahari mula bersinar semula.
Anak itik itu cuba mengembangkan sayapnya. Ia terkejut apabila melihat sayapnya sudah menjadi putih. Ia berasa seperti dirinya boleh terbang dan akhirnya ia terbang tinggi di langit!
Apabila ia turun ke tasik, ia ternampak bayangnya di dalam air. “ Alangkah cantiknya burung itu,” fikirnya.
Tiga ekor burung putih berleher panjang sedang berenang berhampiran.

                                                     

Burung-burung itu melihatnya dan berkata, “Wah ! awak seekor angsa yang tampan. Marilah berenang dengan kami.”
“Apa? Aku seekor angsa?”
“Ya, tengoklah rupa dirimu dalam air,” kata burung-burung itu.
Itik hodoh itu tidak percaya akan apa yang dilihatnya.
“ Aku seekor angsa! Aku memang seekor angsa!” ia menjerit dengan gembira.
Semenjak hari itu, ia tidak lagi di panggil hodoh dan ia tidak lagi sunyi.

Sunday, 29 March 2015

Nyanyian dalam Perkembangan Emosi

Nyanyian dan lagu dalam Aspek Perkembangan Emosi

Terdapat pelbagai cara untuk memupuk perkembangan emosi kanak-kanak di peringkat prasekolah. Contohnya adalah dengan aktiviti menyanyi yang dijalankan semasa berada di sekolah. Emosi bermaksud jiwa yang kuat. Manusia adalah makhluk yang mempunyai perasaan paling tinggi dan paling halus. Emosi juga boleh dimanifestasikan melalui bahasa badan ataupun gerak geri seseorang. Bahasa badan ialah pergerakan badan seperti postur dan ekspresi wajah. Emosi merujuk kepada sesuatu perasaan dan pemikiran yang tersendiri di bawah keadaan psikologikal dan biologikal, serta ada kecenderungan yang berbeza untuk bertindak. Ini bermakna emosi biasanya digambarkan dengan bahasa badan fizikal, iaitu bahasa bukan lisan.

Terdapat tiga komponen asas dalam minda manusia iaitu daya taakulan, kehendak (desire), dan komponen emotif. Antara komponen emotif yang dimaksudkan ialah kegembiraan, kesedihan, ketakutan, dan kemarahan. Emosi mempunyai peranan yang sangat besar dalam mempengaruhi kehidupan manusia secara keseluruhannya. Di peringkat prasekolah, pemupukan emosi positif amat dititik beratkan seperti aktiviti menyanyi yang dijalankan. Ini adalah kerana nyanyian juga dapat membantu memberikan kepuasan dan ketenangan emosi kepada kanak-kanak terutamanya apabila mereka diberikan kebebasan berkreatif dan berimaginasi tanpa gangguan.

Selain itu, aktiviti ini juga dapat memberi peluang untuk kanak-kanak menyampaikan perasaan, meluahkan emosi, berkarya dan sebagainya. Perkembangan sosioemosi juga boleh dipupuk semasa guru mengajar aktiviti nyanyian, serta muzik dan gerakan. Hal ini demikian kerana muzik digemari secara semula jadi oleh kanak-kanak. Kanak-kanak dapat meluahkan perasaan gembira melalui aktiviti muzik. Aktiviti muzik dapat membantu menggalakkan perkembangan emosi kanak-kanak. Antaranya semasa penyertaan kanak-kanak dalam aktiviti nyanyian berkumpulan, kanak-kanak akan menyanyi dan menari bersama rakan-rakan yang lain. Dengan cara ini, mereka dapat meluahkan perasaan gembira yang ditunjukkan melalui ekspresi muka semasa aktiviti nyanyian ini dijalankan. Secara tidak langsung, guru dapat menilai sejauh mana meningkatnya perkembangan emosi seseorang kanak-kanak itu.
    


Wednesday, 25 March 2015

Perkembangan Sosial Kanak-kanak

Nyanyian dan lagu dalam Aspek Perkembangan Sosial

Aktiviti nyanyian dapat membantu meningkatkan perkembangan sosial kanak-kanak. Perkembangan sosial amat penting dalam kehidupan manusia dan ianya telah dipelajari sejak kecil lagi. Kemahiran asas sosial yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak ialah kemahiran menarik perhatian orang lain, berkongsi dan memberi, meminta dan bertanya, memberi idea dan memuji atau memberi penghargaan. Ini termasuklah cara kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan orang dewasa dalam kehidupan mereka. Kemahiran sosial termasuklah berkongsi, bekerjasama dan mematuhi peraturan semasa aktiviti nyanyian dijalankan.


         

Kemahiran sosial membawa maksud tingkah laku yang prihatin untuk melakukan perhubungan interpersonal yang efektif atau keupayaan untuk berkomunikasi secara efektif dengan individu lain dalam situasi sosial atau kerja. Oleh itu, jelaslah bahawa aktiviti-aktiviti menyanyi ini menggalakkan kanak-kanak bergaul dengan rakan dan secara langsung membantu perkembangan sosial mereka. Semasa bermain dengan kanak-kanak lain, kanak-kanak akan cuba belajar dan mengekalkan hubungan yang sedia terjalin. Ini adalah kerana penyesuaian semasa bergaul adalah perkara asas kepada proses sosialisasi kanak-kanak.




Perkembangan Bahasa Melalui Nyanyian

Nyanyian dan lagu dalam Aspek Perkembangan Bahasa kanak-kanak

Aktiviti nyanyian dapat membantu meningkatkan perkembangan bahasa kanak-kanak. Nyanyian melibatkan bahasa dapat merangsang minda kanak-kanak untuk menguasai dan membantu mereka dalam menambah perbendaharaan kata. Selain itu, mereka juga akan menyedari bahawa setiap objek di persekitaran mereka mempunyai nama dan peranan yang tersendiri. Guru boleh menjalankan aktiviti bagi memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meluaskan perkembangan bahasa melalui aktiviti menyanyi secara muzikal dan penekanan teknik dan cara menyanyi.


Melalui aktiviti nyanyian yang dijalankan, guru dapat menggalakkan kanak-kanak melahirkan perasaan seperti bercerita, berimaginasi, dan menyanyi sambil bermain. Oleh itu, secara tidak langsung, perbendaharaan kata kanak-kanak akan semakin bertambah. Melalui nyanyian ini juga kanak-kanak akan dapat mengekspresikan perasaan mereka sama ada suka, gembira, sedih dan lain-lain. Guru juga hendaklah memberi perangsang dengan mengemukakan beberapa soalan yang boleh menggalakkan kanak-kanak berbual dan bercerita mengenai aktiviti yang mereka lakukan.


Sewaktu menyanyi, kanak-kanak dapat meniru perwatakan orang-orang di sekeliling mereka seperti keluarga, doktor, anggota polis, guru, peniaga, binatang atau haiwan seperti yang terkandung di dalam lirik lagu tersebut. Aktiviti yang baik ini perlu dipupuk tetapi perlu ada kawalan dan batasan daripada guru. Di samping itu, aktiviti main sambil menyanyi juga adalah merupakan salah satu cara bagaimana kanak-kanak memperkembangkan penguasaan bahasa mereka. Dengan nyanyian juga dapat memperkenalkan pelbagai konsep dan bahasa kepada kanak-kanak kerana ia mudah diingati dan difahami oleh kanak-kanak. Peningkatan perkembangan bahasa dapat berkembang melalui sebutan semasa menyanyi.

Contoh aktiviti yang boleh dijalankan ialah menyanyi lagu Row Row Your Boat atau dalam bahasa Melayu ialah Dayung Dayung Sampan sambil membuat aksi mendayung sampan secara berpasangan. Kanak-kanak memegang tangan pasangannya dan kaki bertemu kaki pasangannya. Kemudian, tangan dan kaki bergerak secara berselang-seli seperti mendayung sampan sambil menyanyi lagu tersebut dengan iringan muzik. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak dapat mempelajari perkataan-perkataan baru dan secara langsung kosa kata kanak-kanak akan semakin bertambah.


Kanak-kanak belajar bahasa melalui pelbagai cara. Antaranya dengan meniru bunyi yang pernah didengarinya. Mereka belajar dengan meniru orang dewasa dan rakannya bercakap dan meluahkannya dengan cara tertentu. Contohnya, permainan lagu berantai membolehkan kanak-kanak menghafal, menghasilkan, mempelbagaikan dan memanipulasikan perkataan dalam pelbagai situasi. Mereka membina perkataan yang lucu, mudah, dan mereka cerita khayalan daripada pengalaman mereka sendiri. Contoh permainan lagu berantai ialah seperti :

“Malam yang sepi pi… pi
Pak Mat jual topi pi… pi
Topinya koyak yak… yak
Pak Mat jual tempoyak yak… yak
Tempoyaknya basi si… si
Pak Mat jual nasi si… si”




























Monday, 26 January 2015

let's get together

                                                                      makan buah